NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Nurul Izzah mahu RUU Anti Lompat Parti disemak


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar mahu strategi perundangan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti disemak semula.

Beliau berkata, ia berikutan pindaan itu bergantung kepada keprihatinan kerajaan, ibarat pasir yang sentiasa berubah.

"Seberapa banyak pindaan ini bergantung kepada niat murni kerajaan. Jika itu semua bergantung padanya, maka ia bergantung pada pasir yang bergerak.

"Ia memberi kerajaan kuasa untuk selama-lamanya melucutkan kerusi Ahli Parlimen. Kita perlu menyemak semula strategi perundangan ini," katanya dalam ciapan di Twitter beliau, malam tadi.

Beliau berkata demikian bagi mengulas ciapan di Twitter oleh seorang peguam yang mendakwa cadangan pindaan RUU Anti Lompat Parti adalah sangat berbahaya.

Dakwa peguam itu, ia tidak akan menghentikan lompat parti tetapi membenarkan kerajaan menyalahgunakan kuasa untuk mengawal parti politik lain.

Menerusi Twitter Sin Yew, RUU itu didakwa menyebabkan seorang Ahli Parlimen kehilangan kerusi. Perkara 48 Perlembagaan memperuntukkan keadaan di mana Ahli Parlimen kehilangan kerusi mereka.

"Pindaan Perkara 10 tanpa meminda Perkara 48 tidak akan menghalang lompat parti dan mana-mana RUU yang diluluskan adalah melanggar Perlembagaan.

"Sebaliknya, apa yang dilakukan oleh cadangan pindaan Perlembagaan adalah membenarkan undang-undang dibuat untuk mengawal keahlian Ahli Parlimen dalam parti politik.

"Sebagai contoh secara hipotesis, undang-undang boleh diluluskan untuk memecat Ahli Parlimen daripada parti politik mereka kerana didenda RM1,000," dakwa peguam itu.

Contoh lain ialah, undang-undang juga boleh diluluskan untuk mengenakan syarat lain seperti menyebabkan Ahli Parlimen yang ditangkap atas alasan keselamatan negara atau didakwa di mahkamah, kehilangan keahlian mereka dalam parti politik.

Peguam itu mendakwa, pada dasarnya, pindaan yang dicadangkan akan menyebabkan Ahli Parlimen hilang kebebasan berpersatuan apabila membabitkan diri dalam parti politik.

Dakwanya, ia amat berbahaya kerana kerajaan mempunyai kawalan yang lebih besar ke atas parti politik dan RUU itu hanya sebagai alasan.

Sumber | BH Online




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo