NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kes Bella: Ada unsur 'konflik kepentingan', peranan Syed Azmi perlu ditamatkan - Aktivis, peguam

Satu memorandum yang mengesyorkan untuk menamatkan lantikan Syed Azmi Alhabshi sebagai Penasihat Mahkamah Kanak-Kanak Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Ahli Pemegang Amanah Yayasan Kebajikan Negara (YKN). - Gambar fail


KUALA LUMPUR : Satu memorandum yang mengesyorkan untuk menamatkan lantikan Syed Azmi Alhabshi sebagai Penasihat Mahkamah Kanak-Kanak Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Ahli Pemegang Amanah Yayasan Kebajikan Negara (YKN) telah diserahkan kepada Menteri Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun baru-baru ini.
Memorandum atau petisyen itu disediakan oleh pensyarah dan aktivis kanak-kanak, Muhamad Firdaus Ibnil Hajar bersama dua peguam yang juga aktivis kanak-kanak, Fatihah Jamhari dan Megat Syazlee Mokhtarum susulan daripada kes seorang remaja sindrom down dikenali sebagai Bella yang disyaki telah didera semasa berada di bawah jagaan pusat perlindungan Rumah Bonda
Dalam kenyataan berkenaan yang dikongsikan bersama Astro AWANI pada Jumaat, Rina digesa untuk mengambil tindakan segera terhadap rumah kebajikan berkenaan susulan tiada dakwaan melibatkan pusat kebajikan itu sehingga kini.
"Selaras dengan syor tersebut, dimohon agar Datuk Seri (Rina Harun) dapat menggesa dan mencadangkan kepada Mohd Nawardi Saad, selaku Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia untuk menyenarai hitamkan Syed Azmi dan kesemua ahli jawatankuasa (AJK) pertubuhan kebajikan Rumah Bonda Kuala Lumpur yang di percayai telah beroperasi secara haram sejak dari tahun 2019.
"Adalah diharap dengan tindakan yang tegas terhadap Syed Azmi Alhabshi dan AJK lainnya dapat dijadikan tindakan precedent (pendahulu) bagi memastikan tiada kes seumpamanya berulang," petik kenyataan itu.
Jelas kenyataan itu lagi, pengabaian dan penganiayaan Bella bukan hanya melibatkan ibu angkat dan penjaga Bella iaitu Siti Bainun Ahd Razali.
Malah, kenyataan itu mendakwa Syed Azmi Alhabshi turut terlibat kerana beliau adalah merupakan penasihat dan pengasas bersama pusat perlindungan Rumah Bonda selain Penasihat Mahkamah Kanak-Kanak Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan ahli pemegang Amanah YKN.
"Walau bagaimanapun, berdasarkan penglibatan beliau dalam kes pengabaian dan penganiayaan ini, didapati peranan beliau sebagai penasihat adalah dianggap tidak berintegriti.
"Pelantikan beliau tersebut boleh menjejaskan imej kerajaan untuk memastikan tiada conflict of interest dalam mana-mana kes di bawah Akta 611.
"Memandangkan beliau juga merupakan penasihat dan pengasas bersama Rumah Bonda, sehubungan itu, terdapat conflict of interest dalam peranan beliau sebagai Penasihat Mahkamah Kanak-Kanak Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Justeru akan timbul unsur-unsur berat sebelah dalam kes ini," menurut kenyataan itu lagi.
Sumber | Astro Awani



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo