NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

McDonald's Malaysia bayar zakat perniagaan RM500,000, santuni golongan asnaf

McDonald's Malaysia pada Jumaat telah menyerahkan zakat perniagaan bernilai RM500,000 kepada PPZ-MAIWP. - Foto McDonald's Malaysia

KUALA LUMPUR: Sebagai tanggungjawab korporat syarikat, McDonald’s Malaysia pada Jumaat telah menyerahkan zakat perniagaan bernilai RM500,000 kepada Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP).
Naib Presiden Sumber Manusia dan Pengerusi Jawatankuasa Halal Dalaman McDonald’s Malaysia, Azhar Darbi berkata, bayaran zakat perniagaan tersebut merupakan salah satu daripada inisiatif syarikat dalam menyumbang kembali kepada masyarakat yang memerlukan.
Tambahnya, usaha itu juga merupakan salah satu daripada nilai teras McDonald’s Malaysia.
“Bulan Ramadan ini merupakan masa terbaik untuk kita melipatgandakan ibadah. Oleh itu, ambillah kesempatan pada bulan ini untuk berbuat kebaikan dengan berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan sebagai tanda kita mensyukuri nikmat diberi oleh Allah SWT.
“Sebagai satu nama besar, kami yakin McDonald’s Malaysia mampu memberi contoh agar lebih banyak syarikat di luar sana untuk menunaikan zakat perniagaan sekali gus dapat membantu meningkatkan ekonomi asnaf,” katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan zakat perniagaan kepada PPZ-MAIWP di restoran McDonald’s Danau Kota di sini.
McDonald’s Malaysia turut menyantuni seramai 50 keluarga asnaf dengan menyumbang wakalah agihan bersempena bulan Ramadhan ketika program Ziarah Komuniti Asnaf McDonald’s.

Pembayaran zakat tersebut diserahkan Azhar Darbi kepada Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Abdul Hakim Amir Osman sambil disaksikan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Mohd Nizam Yahya.
McDonald’s Malaysia turut menyantuni seramai 50 keluarga asnaf dengan menyumbang wakalah agihan bersempena bulan Ramadhan ketika program Ziarah Komuniti Asnaf McDonald’s.
McDonald's Malaysia mula membayar zakat perniagaan sejak lima tahun lalu, selepas syarikat itu diambil alih Lionhorn Pte Ltd, sebuah anak syarikat Kumpulan Reza dari Arab Saudi dan pada tahun ini syarikat itu akan membayar zakat perniagaan sebanyak RM9.85 juta, untuk negeri-negeri di seluruh Malaysia.
Sementara itu, Abdul Hakim berkata, sebagai pengiktirafan kepada McDonald's Malaysia yang berterusan menjalankan tanggungjawab mereka sebagai sebuah entiti perniagaan milik umat Islam, pihaknya menyerahkan Sijil Pembayar Zakat Perniagaan kepada syarikat itu yang akan dipamerkan di lebih 40 restoran McDonald's di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
"Tahniah diucapkan kepada McDonald's Malaysia kerana menjadi satu syarikat contoh yang boleh diikuti oleh syarikat lain.
"Sebagai satu nama besar, saya yakin McDonald's Malaysia mampu mempengaruhi lebih banyak syarikat di luar sana dalam menunaikan zakat perniagaan sekali gus dapat membantu meningkatkan ekonomi asnaf," katanya.
Tambahnya, rekod kutipan zakat perniagaan dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini menunjukkan peningkatan sebanyak 28 peratus berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.
"Kutipan zakat perniagaan pada tiga bulan pertama meningkat kepada RM21.99 juta berbanding RM17.12 juta tahun lalu.
"Bagi kutipan zakat secara keseluruhan pula meningkat sebanyak 12 peratus untuk tempoh sama iaitu RM163 juta berbanding RM145 juta tahun sebelumnya,” jelasnya lagi.
Sumber | Astro Awani



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo