NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Meta perkenalkan matawang maya dan “Token Sosial” pada Facebook


Meta sedia mencuba nasib dalam arena kriptowang beberapa kali sebelum ini, tetapi dihalang sebelum ia dilancarkan. Kini, Mark Zuckerberg dilihat tidak berputus asa, dan sedang melihat untuk memperkenalkan matawang maya sebagai alternatif untuknya.

Menurut laporan FT, Meta sedang melihat untuk memperkenalkan matawang maya yang akan boleh digunakan dalam platform Facebook sendiri.

Ia dijangka beroperasi seumpama matawang yang digunakan dalam permainan – yang mana hanya eksklusif untuk transaksi dalam platform berkenaan.

Pengenalan ini juga mungkin boleh melepasi halangan lain berkaitan platform kewangan yang dihadapi Facebook sebelum ini.

Disamping itu, Meta juga dikatakan sedang melihat kepada penawaran “token sosial” yang boleh diberikan kepada penyumbang sesuatu Facebook Groups, dan sebagainya.

Sumber | Amanz




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo