NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Galaksi pada jarak 13.5 bilion tahun cahaya ditemui


Para pengkaji dan saintis angkasa sering melakukan kajian berkaitan bintang, planet dan galaksi-galaksi lain. Terbaru, mereka telah menemui galaksi pada jarak paling jauh setakat ini, iaitu dianggarkan pada jarak 13.5 bilion tahun cahaya.

Galaksi ini dikenali dengan nama HD1 buat masa ini. Buat masa ini, dua spekulasi dilakukan, iaitu HD1 mungkin dimana pelbagai bintang terhasil – termasuk bintang yang pertama dan tertua di dunia ini.

Spekulasi kedua yang dikatakan adalah ia mungkin mengandungi lohong hiitam dengan ketumpatan 100 juta kali ganda berbanding matahari. HD1 ini juga dikatakan amat terang dibawah cahaya ultraungu yang menandakan ia menghasilkan banyak tenaga dan pemprosesan.

HD1 ini ditemui selepas pemantauan selama 1200 jam menggunakan Teleskop Subaru, Vista Telescope, UK Infrared Telescope dan juga Spitzer Space Telescope.

Kita mungkin melihat kajian lanjut berkenaan dengan penemuan ini, dan perkongsian lanjut dalam tahun-tahun akan datang.

Sumber | Amanz




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo