NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Maria Chin dipenjara 7 hari kerana menghina mahkamah





Pengerusi kumpulan Naza, SM Faisal SM Nasimuddin berjaya dalam usahanya untuk mengaitkan Ahli Parlimen Petaling Jaya Maria Chin Abdullah sebagai menghina mahkamah.

Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan hari ini turut menjatuhkan hukuman penjara tujuh hari terhadap ahli parlimen PKR itu berhubung kenyataan awamnya pada 2019 berhubung hukuman penjara yang dikenakan terhadap bekas isteri ahli perniagaan itu, Emilia Hanafi.

Bagaimanapun, Maria Chin, 66, tidak hadir di mahkamah kerana sebelum ini disahkan positif Covid-19.

Pada September 2019, peguam SM Faisal membawa kes itu ke mahkamah syariah untuk memulakan prosiding penghinaan.

Emilia, 42, dijatuhkan hukuman itu oleh mahkamah Syariah kerana menjadualkan semula tarikh lawatan untuk anak-anaknya bersama bapa mereka.

Keputusan itu mencetuskan kritikan Maria yang berkata wanita Islam masih didiskriminasi di bawah sistem perundangan syariah.





















............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo