NOTIS:

Belum ada lagi....

Malaysia harap kuota haji ditambah


KUALA LUMPUR: Kerajaan berharap kuota jemaah haji Malaysia ditambah sekiranya Arab Saudi membenarkan negara luar menunaikan ibadat itu tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Idris Ahmad berkata, setakat ini belum ada mana-mana negara diberikan kuota haji untuk tahun ini berikutan penularan wabak COVID-19.

"Harapan kita sudah tentu menginginkan supaya kuota haji untuk jemaah Malaysia ditambah.

"Semua negara pun mengharapkan perkara sama...saya ada terjumpa rakan dari Indonesia baru-baru ini, mereka juga mahukan perkara sama," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Hari Al-Azhar Sedunia 2022 dan Ulang Tahun Rabitah Antarabangsa Alumni Al-Azhar Malaysia (WOAG Malaysia) Ke-10, di sini hari ini.

Ditanya mengenai kos haji, Ahmad berkata, perkara itu akan diumumkan dalam tempoh terdekat.

"Buat masa ini, kita masih menunggu dan kita sentiasa bersedia sekiranya kerajaan Arab Saudi membenarkan negara luar untuk menunaikan haji," katanya.

Mengenai isu tular membabitkan sebuah sekolah rendah di ibu negara yang menutup kantin dan tidak membenarkan murid membawa bekalan makanan serta minuman, Idris berkata, perkara terbabit tidak seharusnya berlaku.

"Setakat pengalaman saya, apabila sekolah terdiri daripada orang bukan Islam, sepatutnya pihak pentadbir (sekolah) boleh membenarkan mereka makan

"Saya tak pernah dengar lagi perkara ini seumpama ini berlaku," katanya.

Sumber | BH Online




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo