NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

367,433 peminjam PTPTN nikmati insentif diskaun bayaran balik


KUALA LUMPUR: Seramai 367,433 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menikmati insentif diskaun bayaran balik membabitkan jumlah bayaran RM755.28 juta dengan diskaun RM112.4 juta, antara 1 November 2021 hingga 28 Februari lalu.

PTPTN dalam kenyataan hari ini berkata, kerajaan bersetuju untuk memberikan insentif itu bagi membantu peminjam PTPTN bermula 1 November tahun lalu hingga hujung bulan ini, menerusi pembentangan Bajet 2022 pada 29 Oktober 2021.

Insentif itu termasuk diskaun 15 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman dan diskaun 12 peratus untuk bayaran balik sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran.

"Selain itu, diskaun 10 peratus untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau debit terus mengikut jadual. PTPTN mengucapkan terima kasih dan merakamkan penghargaan kepada semua peminjam PTPTN yang membuat bayaran balik pinjaman mereka menerusi insentif itu.

"Peminjam yang masih belum mengambil peluang ini, boleh berbuat demikian sebelum 30 April 2022. PTPTN berharap semua peminjam melaksanakan tanggungjawab membuat bayaran balik pinjaman bagi memastikan kita dapat meneruskan pinjaman pendidikan kepada generasi akan datang," katanya.

PTPTN berkata, pelbagai kemudahan saluran bayaran balik disediakan termasuk secara dalam talian yang lebih mudah, cepat dan selamat seperti melalui perbankan internet, JomPAY, MyPAY, Shopee, portal rasmi PTPTN (FPX) dan yang terkini melalui aplikasi mobile app myPTPTN.

"PTPTN juga sentiasa komited dan bersedia untuk membantu peminjam yang mempunyai sebarang persoalan melalui inisiatif #PTPTNSediaBantu.

"Untuk sebarang pertanyaan, peminjam boleh melayari portal rasmi di www.ptptn.gov.my atau menghubungi PTPTN melalui saluran Careline PTPTN di 03-2193 3000 (beroperasi jam 9 pagi hingga 5 petang, Isnin hingga Jumaat), 'live chat' (perbualan secara langsung) di www.ptptn.gov.my dan e-Aduan di https:/eaduan.ptptn.gov.my/," katanya.

Sumber | BH Online




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo