NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Lembah teknologi tinggi automotif Tanjung Malim bakal menjadi hab kenderaan elektrik Malaysia


Teknologi kenderaan elektrik berkembang pesat sekarang dengan operasi bas elektrik telahpun dimulakan di Kuala Lumpur dan beberapa stesen pengecasan pantas dibina oleh Shell. Untuk memastikan industri automotif negara tidak ketinggalan, Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) telah dilancarkan di Tanjung Malim semalam oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri.

Apabila beroperasi sepenuhnya kelak, AHTV akan menjadi hab pembangunan kenderaan elektrik negara dengan sasaran menjadikannya hab untuk rantau Asia Tenggara. Ia dijangka mewujudkan 370,000 peluang pekerjaan semasa dibina dan 160,000 peluang pekerjaan apabila beroperasi kelak.

Proton mempunyai perancangan mengeluarkan kenderaan elektrik sendiri menjelang 2027 tetapi sebelum itu akan menjadi pengedar Smart #1 untuk rantau Asia Tenggara terlebih dahulu.

Sumber | Amanz




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo