NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kos alat ganti samsung akan 50% lebih rendah dengan pengenalan program kitar semula



Kos alat ganti peranti boleh merobekkan poket. Pada peranti Samsung misalnya kos menggantikan panel skrin boleh-lipat Galaxy Z Fold3 mencecah RM2060 yang adalah sekitar 30% harga jualan peranti. Tetapi kelak kos alat ganti akan menjadi lebih rendah kerana pengenalan program kitar semula oleh Samsung.

Menurut laporan Business Korea, kos menggantikan panel skrin misalnya akan berkurangan sehingga 50% kerana penggunaan komponen yang dikitar semula. Ini akan menguntungkan pengguna kerana alat ganti lebih murah dan mengurangkan impak ke atas alam sekitar kerana pengurangan pencemaran elektronik.

Program baharu ini dijangka akan diumumkan oleh Samsung pada separuh kedua 2022 akan datang. Hanya beberapa minggu lalu Samsung bekerjasama dengan iFixit bagi menawarkan kit alat ganti kepada pelanggan untuk membaiki sendiri peranti di rumah bagi mengurangkan kos.

Pada waktu ini Samsung telahpun menggunakan plastik yang dikitar semula pada komponen peranti seperti Galaxy S22 dan Tab S8. Jika program ini diperkenalkan kelak, ia akan mempercepatkan lagi usaha Samsung untuk menjadi syarikat yang lebih lestari.

Sumber – Business Korea



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo