NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kementerian tidak boleh sekat serta-merta video raya Aliff Shukri - Annuar


KUALA LUMPUR: Biarpun video Aidilfitri Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman menerima kecaman banyak pihak yang mendakwa kandungannya mencolok mata, Kementerian Komunikasi dan Multimedia tidak mempunyai hak untuk menyekat serta-merta.

Menterinya, Tan Sri Annuar Musa, berkata pihaknya perlu melengkapkan siasatan terlebih dahulu sebelum tindakan lanjut boleh diambil.

"Kita tak boleh sekat sebab nanti orang saman kita. Kalau nak sekat kena berdasarkan undang-undang. Kementerian dan menteri tak boleh sekat. Yang boleh sekat mahkamah.

"Kalau boleh sekat, macam-macam saya dah sekat, tetapi kita ada akta, maknanya kalau langgar undang-undang, baru boleh ambil tindakan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Apresiasi Pengamal Media bersama Menteri Komunikasi dan Multimedia di sini, malam ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas isu rakaman video Aidilfitri mencolok mata usahawan kosmetik terbabit selain mengesahkan beberapa orang termasuk Aliff hadir memberi keterangan di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) di Cyberjaya, pagi tadi.

Terdahulu, Aliff Syukri yang tiba di SKMM pada jam 9.58 pagi tadi, memberi keterangan hampir lima jam bagi membantu siasatan berhubung klip video muzik sempena Aidilfitri yang dikaitkan dengan unsur bertentangan norma dan budaya tempatan.

Ketika ditemui pemberita, usahawan itu merayu semua pihak tidak mengaitkan ahli keluarganya dalam isu video Aidilfitri mencolok mata yang dilakonkannya baru-baru ini.

Beliau juga turut memohon maaf kepada semua pihak yang tersinggung dengan tindakannya itu.

Satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berhubung video berkenaan.

Penayangan video berkenaan melalui media sosial mendapat kecaman ramai pihak berikutan ia memaparkan sekumpulan penari lelaki bersolek dan berperwatakan lembut dengan tarian mencolok mata.

Ini bukan kali pertama Aliff Syukri terpalit dengan kontroversi berikutan beliau pernah tampil dengan satu klip video muzik bertajuk 'Bobo di mana?' pada 2018 yang memaparkan dua individu transgender berpakaian mencolok mata.
























............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo