NOTIS:

Belum ada lagi....

Kartel ayam: MyCC siasat dakwaan campur tangan politik

0
Beberapa media tempatan hari ini melaporkan campur tangan politik sejak sekian lama dalam isu membabitkan dominasi kartel dalam industri penternakan ayam di seluruh negara. - Gambar hiasan


NILAI: Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan campur tangan ahli politik dalam isu dominasi kartel industri penternakan ayam di seluruh negara.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata laporan terperinci diperlukan dalam menentukan kesahihan dakwaan penglibatan mana-mana pihak dalam isu berkenaan.
"Isu ini bukan perkara mudah, siasatan terperinci diperlukan, baru boleh dipastikan. Kalau ada orang terlibat ia memerlukan siasatan yang rapi, tidak boleh terlalu cepat kata ada kartel," katanya kepada pemberita selepas melancarkan pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Aidilfitri 2022 dan Program Jualan Malaysia Rancak Aidilfitri di AEON Mall Nilai.
"Saya tidak menafikan dan juga tidak mengesahkan (isu kartel), lebih baik tunggu laporan MyCC. Apabila siasatan siap, bukan hanya melibatkan KPDNHEP (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna) tetapi kementerian lain juga kerana ia berkaitan bekalan dan sebagainya," tambahnya.
Beberapa media tempatan hari ini melaporkan campur tangan politik sejak sekian lama dalam isu membabitkan dominasi kartel dalam industri penternakan ayam di seluruh negara menyebabkan pihak terbabit terus bermaharajalela.
Laporan media berkenaan turut mendedahkan bahawa kartel turut menguasai pasaran harian berjumlah 1.5 juta ekor ayam, iaitu 70 peratus daripada keseluruhan 2.2 juta ekor ternakan itu yang dijual di seluruh negara setiap hari.
-- BERNAMA























............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo