NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jepun batalkan 30 peratus kontrak beli vaksin Astrazeneca

Gambar Hiasan

TOKYO: Jepun membatalkan pembelian kira-kira 40 juta dos vaksin COVID-19 Astrazeneca Plc yang dipersetujuinya tahun lalu, kata seorang pegawai kementerian kesihatan di Parlimen semalam, lapor Reuters.

Kontrak itu membolehkan kerajaan membatalkan sebahagian daripada bekalan jika ia tidak diperlukan, kata pegawai itu sebagai menjawab soalan anggota Parlimen.

Jepun pada asalnya bersetuju untuk membeli 120 juta dos vaksin, dengan sebahagian besar dibuat dalam negeri oleh Daiichi Sankyo Co dan rakan kongsi tempatan yang lain.

Kira-kira 200,000 dos Astrazeneca telah dibekalkan kepada kerajaan tempatan di Jepun, manakala 63 juta dos didermakan ke luar negara, tambah pegawai itu.

Sebahagian besar suntikan vaksin di Jepun menggunakan jenis mRNA yang dibangunkan Pfizer Inc dan Moderna Inc. - REUTERS




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo