NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Gaji minimum terus berjalan 1 Mei ini



ISU
 gaji minimum telah lama berlegar dalam kalangan masyarakat sejak beberapa tahun kebelakangan. Kelihatan isu ini akan menemui jawapan pada 1 Mei ini iaitu hari penguatkuasaan keputusan gaji minimum. Menurut Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, gaji minimum akan terus berjalan meskipun telah timbul rayuan dan usaha beberapa pihak untuk menangguhkan pelaksanaan ini.

Gaji minimum ini bukanlah terpakai kepada semua majikan kerana beberapa pengecualian telah diberikan. Ia akan berkuat kuasa terlebih dahulu membabitkan syarikat-syarikat besar dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) manakala pengecualian mungkin diberikan kepada syarikat-syarikat mikro yang mempunyai kurang lima pekerja dan kurang pendapatan.

Antara pihak yang memohon  pemurnian semula pelan ini atau penangguhan adalah Persatuan Industri Keselamatan Malaysia. Menurut presidennya, mereka memohon agar ditangguhkan kerana banyak syarikat mengalami masalah untuk membayar dengan gaji minimum sekarang iaitu RM1,200 bahkan banyak syarikat kawalan keselamatan masih belum stabil.

Menurut Presiden Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM), Soh Thian Lai, Kajian Keadaan Perniagaan FMM-MIER 2H2021 baru-baru ini yang dijalankan dari 5 Januari hingga 10 Februari lalu menyaksikan majoriti responden berpendapat kenaikan RM100 dalam gaji minimum adalah kadar yang boleh diterima.

Manakala kenaikan kadar gaji minimum semasa daripada RM1,200 kepada RM1,500 adalah peningkatan serta-merta sebanyak 25 peratus ke atas gaji pokok yang akan memberi kesan ke atas kos keseluruhan gaji dan memberi kesan kepada kos perniagaan dan berpotensi menjejaskan perniagaan dan pemulihan ekonomi.

Namun menurut penasihat ekonomi Perdana Menteri, Shahril Hamdan pula peningkatan gaji minimum tidak bermaksud kos gaji pekerja naik 25 peratus kerana bukan semua pekerja  akan mengalami peningkatan gaji. Hal ini bermaksud, bukan kos syarikat semuanya berkenaan perihal kenaikan gaji malah pekerja lain seperti eksekutif memperoleh gaji yang lebih besar serta tidak menerima sebarang kenaikan gaji.

Apabila diperhatikan pada laporan tahunan kebanyakkan syarikat kos pekerja 10 peratus dari total kos syarikat. Maka kadar ini sebenarnya adalah tujuh hingga lapan peratus iaitu kurang satu peratus daripada peningkatan kos disebabkan gaji minimum.

Untuk rekod, kali terakhir gaji minimum dinaikkan adalah pada 1 Februari 2020, dengan kenaikan RM100 daripada RM1,100 ke RM1,200 sebulan, ketika pembentangan Bajet Tahun 2020.

Jika diperhatikan, pelaksanaan ini tidak membebankan ramai pihak melihatkan perusahaan mikro membentuk 78.6 peratus daripada 97.4 peratus daripada pengusaha perusahaan kecil dan sederhana mikro di negara ini akan dikecualikan daripada gaji minimum baru ini.

Kenaikan gaji minimum ini dijangka akan dapat menyumbang kepada pendapatan isi rumah yang lebih tinggi serta meningkatkan sumbangan pampasan pekerja terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 40 peratus menurut Menteri Sumber Manusia, Dato’ Seri Saravanan Murugan

Ianya juga dapat bantu mencapai sasaran gaji dan upah penengah bulanan sebanyak RM2,900 menjelang 2025 seperti mana dihasratkan dalam Rancangan Malaysia Ke-12.

Pelaksanaan gaji minimum ini dilihat salah satu ikhtiar untuk meningkatkan kuasa beli pekerja. Semoga usaha dan perancangan yang telah disusun ini mendatangkan kesan faedah yang komprehensif untuk kesejahteraan rakyat, produktiviti industri dan kemakmuran ekonomi negara.

PROFESIONAL ISTIQAMAH




















............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo