NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Diskaun bayaran PTPTN berakhir 30 April

PORT DICKSON: Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) diberi masa sehingga sehingga tarikh akhir 30 April ini untuk mendapatkan diskaun bayaran.

Menurut Ketua Eksekutifnya, Ahmad Dasuki Abdul Majid, peminjam yang berhasrat untuk dapatkan diskaun itu perlu melalui aplikasi MyPTPTN atau di 64 cawangannya di seluruh negara.

"Kita beri diskaun 12 peratus bagi pembayaran 50 peratus dari pembayaran penuh pinjaman. Bagi mereka yang ingin buat potongan gaji atau debit terus (direct debit) akan menerima potongan sebanyak 10 peratus," katanya.

Beliu berkata demikian ketika sidang akhbar dalam Program Imarah Ramadan PTPTN (IMRAN) bersama IPT 2022 di Politeknik Port Dickson di sini hari ini.

"Kali terakhir kita (PTPTN) beri diskaun seumpama ini pada tahun 2018. Jadi kami menggalakkan peminjam mengambil kesempatan ini," tambahnya

Jelasnya, peminjam yang berhasrat untuk dapatkan pengesahan penuh pinjaman boleh membuat permohonan pengesahan baki pinjaman melalui MyPTPTN.

"Selepas membuat pembayaran dan pelarasan peminjam juga boleh dapatkan cetakan baki hutang di dalam aplikasi MyPTPTN.

"Pembayaran menggunakan aplikasi lebih mudah, cepat dan selamat," jelasnya.

Sementara itu, dalam program berkaitan, PTPTN dengan kerjasama Politeknik Port Dickson mengagihkan sebanyak 3,000 bekas bubur lambuk kepada warga politeknik itu yang terdiri daripada kakitangan, pelajar dan komuniti setempat bagi meningkatkan ukhwah dengan masyarakat serta pelajar IPT.

Agihan bubur lambuk ini juga diberikan kepada agensi dan pasukan hadapan (fronliners) sekitar daerah Port Dickson iaitu Balai Polis Teluk Kemang, Balai Bomba Teluk Kemang, Hospital Port Dickson dan Pejabat Daerah Pertahanan Awam (PDPA) Port Dickson.

Sumber | BH Online

............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo