![]() |
Hendri Hamsah |
Pandangan tersebut ditegaskan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, Hendri Hamsah dalam satu kenyataan hari ini di Kota Kinabalu ketika diminta mengulas berkenaan dengan cadangan yang dikemukakan oleh STAR baru-baru ini.
Ujarnya, pihaknya sentiasa menyokong usaha untuk membangunkan ekonomi negeri namun mestilah tidak melibatkan perkara yang melalaikan serta mewujudkan masalah sosial dalam masyarakat seperti judi dan arak.
“Sebaliknya kerajaan perlu perkasakan sumber ekonomi yang sedia ada seperti sektor pelancongan, pertanian dan pembuatan dengan membuka peluang kepada pemain industri serta pelabur meneroka ruang-ruang inovasi bagi memajukan sektor-sektor berkenaan,” jelas Hendri.
Selain itu, pihaknya juga menerima banyak bantahan daripada masyarakat khususnya umat Islam yang melihat cadangan ini tidak releven dan amat sensitif diutarakan lebih-lebih lagi ketika menyambut bulan Ramadan yang mulia.
“Saya menyeru semua pihak khususnya badan bukan kerajaan (NGO), parti politik dan organisasi masyarakat untuk bersama-sama tampil menyatakan bantahan terhadap cadangan ini,” tambahnya.
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment