NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bakal jemaah haji perlu jawab surat tawaran dalam tempoh 7 hari



Lembaga Tabung Haji (TH) mengingatkan 14,306 bakal jemaah haji tahun ini supaya memberi maklum balas terhadap surat tawaran tunai haji dalam tempoh tujuh hari bekerja dari tarikh surat berkenaan dikeluarkan.

Pengarah Eksekutif Haji TH Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata disebabkan kesuntukan masa, TH memohon kerjasama bakal jemaah haji untuk menjawab sama ada setuju atau tidak bersetuju dengan tawaran itu, dalam tempoh berkenaan.

Beliau berkata TH telah mengeluarkan surat tawaran, bermula hari ini.

"Bakal jemaah haji boleh melayari www.thijari.com.my dan memuat naik aplikasi ThiJARI bagi menyemak serta menjawab tawaran haji yang telah dikeluarkan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Syed Saleh berkata semua bakal jemaah haji juga diwajibkan lulus pemeriksaan kesihatan bagi memperoleh visa haji sebagaimana ditetapkan kerajaan Arab Saudi.

“Bakal jemaah haji terpilih perlu mendapatkan buku rekod rawatan di mana-mana cawangan TH berhampiran bagi membolehkan pemeriksaan kesihatan dilakukan serta mendapat suntikan meningococcal quadrivalent vaccine ACYW-135 yang boleh dilakukan di hospital kerajaan ataupun di klinik yang diiktiraf Kementerian Kesihatan (KKM).

"Bakal jemaah haji juga perlu melengkapkan dos penggalak vaksin Covid-19,” katanya dan menambah bakal jemaah haji juga digalakkan mengambil suntikan imunisasi pilihan iaitu influenza dan pneumokokal seperti disyorkan KKM.

Menurutnya setelah selesai pemeriksaan kesihatan, bakal jemaah haji diminta menghantar jawapan surat tawaran haji, buku rekod rawatan dan pasport antarabangsa ke mana-mana pejabat cawangan TH berhampiran.

Untuk maklumat lebih lanjut, layari www.tabunghaji.gov.my atau hubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) dengan menelefon 03-62071919.

Sumber | Bernama



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo