NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Video tular pergaduhan remaja, polis teruskan siasatan

Tangkap layar video tular pergaduhan remaja di Kompleks Akademi Bola Sepak Merah Kuning, U10 Bukit Cherakah. NSTP/IHSAN PEMBACA

SHAH ALAM: Polis akan meneruskan siasatan berhubung satu video tular membabitkan pergaduhan antara beberapa remaja di Kompleks Akademi Bola Sepak Merah Kuning, U10 Bukit Cherakah, di sini, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib, berkata siasatan mendapati video tular berdurasi 0.32 saat di laman Facebook itu dimuat turun oleh pemilik akaun 'Kau ninggal Jela' memaparkan pergaduhan terbabit.

"Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 22 Mac lalu, kira-kira jam 11 malam ketika berlangsung perlawanan akhir Liga Saujana Putra di antara Bandar Putra 2 FC dan Copy Ori FC di Kompleks Akademi Bola Sepak Merah Kuning, U10 Bukit Cherakah.

"Pergaduhan berlaku apabila seorang penyokong wanita lingkungan usia 21 tahun daripada Bandar Putra 2 FC membaling tong sampah dan terkena seorang penyokong Copy Ori FC.

"Siasatan mendapati, punca pergaduhan adalah disebabkan provokasi di antara penyokong kedua-dua pasukan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Baharudin berkata, kes diselesaikan secara baik dan kedua-dua pihak sudah berdamai, malah tiada kecederaan dialami.

"Bagaimanapun, siasatan akan diteruskan terhadap video yang viral ini mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

"Mana-mana individu dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi berhubung video yang viral ini," katanya.

Sumber | BH Online




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo