NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Restoran berkonsep NFT dibuka di Malaysia oleh MyeongDong Topokki


MyeongDong Topokki kini telah membuka sebuah restoran dengan konsep NFT di Sky Avenue, Genting.  Restoran ini menggunakan NFT untuk tujuan keahlian eksklusif, memberikan sejumlah akses menarik untuk pemilik NFT berkenaan.

MyeongDong Topokki menawarkan penawaran NFT mereka melalui laman OpenSea, dan didagangkan menggunakan ETH.

Sebanyak empat variasi NFT disediakan dengan penawaran akses berbeza. NFT paling asas dengan nama “Base Born” menawarkan satu menu makanan percuma setiap bulan, akses ke menu premium, dan boleh membawa seorang rakan untuk menikmati menu premium bersama.

Pada masa yang sama, restoran ini juga dilihat ingin membangunkan alam metamesta mereka tersendiri dengan watak-watak NFT yang ditawarkan ini.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak laman rasmi NFT untuk MyeongDong Topokki atau turut melihatnya di OpenSea hari ini.

Sumber | Amanz




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo