NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Vaksinasi COVID-19 ketika mengandung manfaatkan bayi bakal lahir


NEW YORK: Beberapa kajian menunjukkan vaksin mRNA COVID-19 adalah selamat dan berkesan bagi ibu yang hamil, malah terbukti bahawa bayi yang lahir mewarisi kesan vaksin ibu terhadap coronavirus.

Namun, menurut Prof Klinikal di Jabatan Obstetrik, Ginekologi dan Sains Reproduktif Yale School of Medicine, Mary Jane Minkin, pengambilan vaksin dalam kalangan wanita hamil kekal jauh lebih rendah berbanding penduduk umum.

Katanya, vaksinasi COVID-19 ketika hamil selamat untuk ibu dan bayi baru lahir, dengan ibu menghantar antibodi IgG anti-spike kepada bayinya, kemudian bayi yang baru lahir boleh mengekalkan antibodi itu selama enam bulan.

"Analisis baru-baru ini menunjukkan, wanita hamil lebih bermotivasi untuk mendapatkan vaksin, jika petugas kesihatan menerangkan bagaimana imunisasi memberi manfaat kepada bayi mereka.

"Dua pegangan penting perubatan ialah 'primum non nocere' dan 'secundum bene facere'. Pertama 'tidak mendatangkan mudarat' dan kedua, 'membawa kebaikan'.

"Kajian ini jelas menggariskan tiada bahaya dan terdapat juga kajian lain di luar sana yang mengesahkan rekod prestasi vaksin dan hasil kesihatan negatif yang berkaitan dengan COVID-19 ketika kehamilan," katanya.

Satu lagi kajian mendapati bayi yang terdedah kepada vaksin ketika ibunya hamil, tidak akan menghalang perkembangan otak janin.

Sebaliknya, pelbagai kajian menunjukkan bayi yang baru lahir boleh mendapat manfaat daripada vaksinasi ibu, memenuhi prinsip 'membawa kebaikan' seperti dimaksudkan oleh Minkin.

Data menunjukkan vaksinasi penuh sekurang-kurangnya satu dos sama ada vaksin Moderna, Pfizer-BioNTech atau Johnson & Johnson (J&J) pada bila-bila masa ketika hamil dikaitkan dengan kehadiran antibodi ibu dalam badan bayi.

Malah, kajian mendapati bayi berkenaan turut dikesan mempunyai antibodi dalam air liurnya, sekali gus menjelaskan mengapa bayi baru lahir tahan terhadap jangkitan SARS-CoV-2.

Selain itu, kajian mendapati ibu hamil penerima suntikan penggalak ketika trimester ketiga dikaitkan dengan kepekatan antibodi yang lebih besar berbanding antibodi daripada jangkitan semula jadi.

kata Minkin, kajian sama mendapati antibodi boleh dipindahkan melalui susu ibu kepada bayi baru lahir dan ia adalah amat penting untuk melindungi anak yang baru lahir.

"Bayi baru lahir pada asasnya mengalami gangguan imun, mereka tidak boleh membina antibodi apabila dilahirkan.

"Namun, tiada ujian imunisasi kepada bayi baru lahir di bawah umur enam bulan, jadi mendapatkan antibodi daripada ibu adalah kuncinya," katanya.

Kajian mendapati bahawa 57 peratus bayi berumur enam bulan, yang mana ibunya sudah divaksin ketika mengandung, berjaya mengekalkan antibodinya, berbanding lapan peratus daripada mereka yang ibunya dijangkiti SARS-CoV-2 ketika hamil.

Biarpun kajian ini kecil, penyelidik menjelaskan, penemuan berkenaan memberikan insentif lanjut bagi individu hamil untuk meneruskan vaksinasi COVID-19.

Sehubungan itu, Pakar Perunding Perubatan Ibu dan Anak Institut Usher, University of Edinburgh, Sarah Stock, menggalakkan wanita hamil, tidak kira apa tahap kehamilan, supaya mendapatkan suntikan vaksin.

"Kini terdapat bukti kukuh bahawa vaksinasi adalah cara paling selamat dan paling berkesan untuk wanita hamil melindungi diri dan bayi mereka daripada jangkitan COVID-19," kata penyelidik, Sarah Stock. - AGENSI




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo