NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

2 rakyat Palestin dibunuh tentera Israel di Tebing Barat

Orang ramai mengusung jenazah Nader Ryan, 16, ketika upacara pengebumian di kem pelarian Balata di Nablus, Tebing Barat.

NABLUS: Tentera Israel membunuh dua rakyat Palestin dalam dua kes berasingan di Tebing Barat hari ini, menurut Kementerian Kesihatan Palestin, dalam siri pertempuran maut terbaru di wilayah itu.

Seorang remaja berusia 16 tahun maut terkena peluru sesat ketika tentera melakukan serbuan dan berbalas tembakan di luar bandar utara Nablus, menurut sumber kedua-dua pihak.

Kementerian itu juga memaklumkan, seorang warga Palestin berusia 20an terbunuh di Qalandiya, di luar Baitulmaqdis.

"Remaja berkenaan, Nader Haitham Rayan, 16, meninggal dunia di kem Balata di Nablus selepas terkena peluru di kepala, dada dan tangannya," menurut jurucakap kementerian itu.

Namun, mereka tidak memberikan butiran lanjut mengenai punca kematian manakala jurucakap polis sempadan Israel pula mengesahkan seorang 'pengganas' Palestin terbunuh.

"Seorang pengganas melepaskan tembakan ke arah tentera, yang kemudian bertindak balas dan membunuhnya," kata jurucakap itu.

Tembakan berlaku sejurus tentera Israel meninggalkan kem berkenaan, selepas menahan seorang pelarian Palestin yang dikehendaki kerana kesalahan keganasan.

"Ketika mereka bergerak keluar dari kem itu, seorang pengganas tiba dengan motosikal dan melepaskan tembakan ke arah mereka," kata jurucakap itu.

Kementerian Kesihatan Palestin berkata, tiga lagi mangsa cedera dalam serangan itu, seorang daripadanya parah.

"sementara itu, kematian kedua berlaku di bandar Qalandiya di pinggir utara Baitulmaqdis, di mana mangsa, Alaa Shaham, 20an, terbunuh selepas ditembak di kepala," katanya.

Pencerobohan Israel ke kawasan penempatan penduduk yang ditadbir Palestin di Tebing Barat bagi menahan suspek yang dikehendaki mereka sering berakhir dengan pertempuran.

Qalandiya menjadi pusat pemeriksaan utama antara Baitulmaqdis timur dan utara Tebing Barat.

Tebing Barat menempatkan kira-kira 475,000 warga Israel yang tinggal di penempatan dianggap sebagai haram oleh masyarakat antarabangsa, bersama lebih 2.8 juta rakyat Palestin. - AFP




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo