NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Unsur 'soft porn' bercanggah dengan budaya Timur

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary. - Foto NSTP/Nik Abdullah Nik Omar

KOTA BHARU: Adegan 'soft porn' dalam sesebuah drama atau filem Malaysia tidak wajar diselitkan meskipun ada penggiat seni yang berhasrat untuk membawa karyanya ke peringkat universal.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary, berkata dengan Islam sebagai agama rasmi di negara ini, sudah tentu adegan sedemikian bercanggah dengan budaya ketimuran yang diamalkan.

"Dari sudut panduan agama, budaya itu (soft porn) tidak sepatutnya dibawa walau filem kita nak 'universalize', tapi ia tidak sesuai untuk peringkat kita kerana budaya ketimuran dan majoriti terdiri daripada masyarakat Islam.

"Ia tidak sepatutnya berlaku dan saya harapkan penerbit, pengarah dan pemain industri akan berwaspada dengan sensitiviti," katanya ketika ketika ditemui hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai video yang dimuat naik seorang pelakon tempatan di laman sosial Instagramnya yang memaparkan babak panas dipercayai adegan dalam sebuah drama yang belum disiarkan.

Susulan itu, Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) dalam satu kenyataan media semalam turut menjelaskan, adegan yang dipaparkan dalam drama itu tidak sesuai disiarkan malah tiada dalam perbincangan atau mendapat kelulusan daripada pihak stesen televisyen terbabit.

Ahmad Marzuk berkata, bagaimanapun tindakan selanjutnya terletak di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) dan ia perlu dibangkitkan supaya ada garis panduan dan penyelesaian disebabkan sudah menimbulkan keresahan dalam masyarakat.

"Apabila melihat ada sambutan, mungkin yang lain akan mengikut dan ini menjadi keresahan masyarakat.

"Tetapi, syukur Alhamdulillah masyarakat Malaysia sangat sensitif dan bermakna kita masih ada kekuatan iman, tak boleh terima kalau pelakon Melayu melakukan sedemikian.

"Sama ada ia (drama) disiarkan dalam bulan Ramadan atau bukan, ia tidak sepatutnya timbul kerana kita sudah ada garis panduan bahawa 'soft porn' tidak dibolehkan dalam penyiaran kita," katanya.

Terdahulu, beliau hadir dalam Kejohanan Muay Thai Kebangsaan di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik), Pengkalan Chepa di sini.

Sumber | BH Online





............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo