NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

'Kenaikan gaji minimum penjawat awam perlu kajian menyeluruh' - KPPA


IPOH: Kajian menyeluruh perlu dilakukan termasuk membabitkan aspek keupayaan kewangan sebelum membuat sebarang keputusan berhubung kenaikan gaji minimum penjawat awam di negara ini, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah.

"Kita tahu, kerajaan juga mempunyai beban yang tinggi dan membayar pencen dan sebagainya.

"Kakitangan awam kita perlu pendekatan menyeluruh (sebelum kenaikan)," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis perjumpaan bersama pegawai kanan negeri Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Beliau mengulas kadar gaji minimum baharu sebanyak RM1,500 yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam kepada majikan syarikat besar dan sama ada ia turut dilaksanakan kepada penjawat awam.

Dalam perkembangan lain, Mohd Syafiq berkata, kepercayaan rakyat kepada perkhidmatan awam juga perlu ditingkatkan termasuk memudah cara perkhidmatan, mengurangkan kerenah birokrasi, tangkas dan berinovasi berpaksikan kepada rakyat.

Semalam, Ismail Sabri mengumumkan bahawa kerajaan meluluskan pelaksanaan kadar gaji minimum RM1,500 sebulan di seluruh negara mulai 1 Mei ini dan ia berkuat kuasa terlebih dahulu membabitkan syarikat-syarikat besar dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC). – BERNAMA




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo