NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

TM nyatakan sokongan keputusan kerajaan bagi penyedia borong tunggal bagi 5G


Telekom Malaysia kini mengalu-alukan keputusan kerajaan dalam meneruskan kaedah penyedia borong tunggal untuk rangkaian 5G di Malaysia. TM mengatakan dengan langkah ini, ia menawarkan Malaysia yang lebih inklusif.

TM juga mengatakan, ini akan membolehkan syarikat telekomunikasi untuk melabur dan membangunkan penyelesaian serta produk 5G untuk pengguna.

Sementara DNB pula boleh memfokuskan kepada pembangunan rangkaian dan infrastruktur.

TM turut menekankan mereka akan menawarkan sokongan fiber untuk DNB, seperti telah dipersetujui pada 16 Disember 2021 lepas.

TM sebelum ini sedia mengumumkan kerjasama dengan pihak DNB untuk penawaran rangkaian 5G melalui Unifi Mobile – namun menangguhkan pengenalan perkhidmatan 5G untuk pengguna Unifi Mobile sebelum ini.

Sumber | Amanz




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo