NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

'Tak beri kesan, itu hak masing-masing'

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (tengah) diiringi Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak (kanan) melihat model replika rumah semasa merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Rumah Pangsa Mampu Milik di Kampung Banggol Pauh. - Foto GHAZALI KORI


KUALA NERUS: Keputusan Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang mengumumkan berhenti menjadi ahli Pas tidak menggugat parti berkenaan.

Naib Presiden PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pihaknya tidak boleh menghalang keputusan pemimpin terbabit apatah lagi apa yang berlaku itu adalah perkara biasa di dalam parti politik.

"Itu hak dia (kerana kita) dalam negara demokrasi dan tak ada apa-apa masalah dengan kedudukan yang ada ini, jadi semua orang dalam parti ni penting (tidak kira) pemimpin penting, ahli di bawah sekali pun penting.

"Jadi, (ahli pemimpin ini) datang dan pergi, memang perkara biasa sebenarnya (dan) parti akan terus bergerak seperti biasa," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Perasmian Pecah Tanah Projek Rumah Pangsa Mampu Milik (RPMM) Banggol Pauh di sini hari ini.

Ahmad Samsuri yang juga Menteri Besar Terengganu berkata, parti itu dijangka akan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan pelbagai agenda termasuk isu membabitkan bekas Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi.

"Pas akan mesyuarat pada Sabtu ini dan inshaAllah, agenda kita banyak tetapi itu salah satu dalam hal-hal lain (yang akan dibincangkan)," katanya.

Sebelum ini, Mohd Khairuddin Aman Razali, mengumumkan pendiriannya keluar daripada PAS berkuat kuasa kelmarin (14 Mac).

Beliau berkata, tindakannya itu selari Fasal 15(1)(a) Perlembagaan PAS iaitu keberhentian ahli dengan permintaan sendiri dengan ia sudah dimaklumkan kepada Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dalam pertemuan di Bangunan Parlimen.

Sumber | BH Online




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo