NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dakwaan Khairuddin bersifat peribadi


ARAU: Dakwaan Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali berhubung perjanjian PAS dalam Perikatan Nasional (PN) dibuat tanpa mendapatkan pandangan dan persetujuan kepimpinan parti adalah bersifat peribadi.

Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin berkata, keputusan penyingkiran daripada PAS yang berlaku pada bekas Setiausaha Majlis Syura dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat pada waktu ini menyebabkan Khairuddin mengeluarkan kenyataan berkenaan.

"Keadaan itu (penyingkiran) menjadikannya begitu (mengeluarkan dakwaan) jadi cukuplah untuk itu sahaja saya katakan buat masa ini," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau bagaimanapun enggan menyatakan sama ada dakwaan yang dibuat oleh Khairuddin itu benar atau tidak.

Semalam, Khairuddin dalam satu wawancara di BERNAMA TV mendakwa perjanjian PAS dengan PN yang dilakukan pada September 2019 itu dibuat tanpa mendapatkan pandangan dan persetujuan kepemimpinan parti.

Beliau berkata, perjanjian itu dibuat tanpa melalui proses sah mengikut lunas perlembagaan parti di mana ia berteraskan hanya dengan tandatangan surat oleh presiden parti dan nasihat dua hingga tiga individu sahaja.

Khairuddin juga mendakwa perjanjian dalam penubuhan PN itu dibuat tanpa dibawa kepada jawatankuasa harian pusat, tanpa ada kertas kepada ahli jawatankuasa PAS Pusat dan tidak dibawa ke Majlis Syura Ulama untuk dibahaskan dalam melihat siasah syarie, maqasid syariahnya.

Sumber | BH Online




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo