NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sadio Mane Tolak Rayakan Kemenangan Liverpool dengan Alkohol

Mane meminta Minamino supaya tidak menyembur minuman keras yang dipegangnya.

LONDON: Penyerang Liverpool, Takumi Minamino berhenti daripada menyembur arak ketika meraikan kejayaan Piala Liga selepas diminta oleh Sadio Mane supaya tidak berbuat demikian.

The Reds meraikan kejayaan di Wembley selepas mengetepikan Chelsea menerusi sepakan penalti penentuan yang penuh dramatik 11-10, kelmarin.

Pemain berhimpun di podium di tengah padang dan botol arak disediakan untuk dicurahkan oleh pemain sebagai tanda meraikan kejayaan.

Minamino yang tidak diturunkan pada aksi berdepan Blues mengambil sebotol arak dengan hasrat untuk 'memandikan' rakan sepasukannya.

Ketika dia mengangkat botol arak itu, dia berpusing ke arah Mane yang kemudiannya memintanya dengan sopan supaya tidak menyembur arak terbabit.

Minamino mematuhi permintaan Mane apabila meletakkan kembali botol arak itu ke atas padang sebelum menyertai pemain yang lain menyanyi dan menari.

Selepas gambar rasmi keraian pasukan diambil, Mane beralih tempat untuk memberi ruang kepada rakan sepasukannya meraikan kejayaan dengan arak.

Bos Liverpool, Jurgen Klopp menyedari situasi itu dan dia menemani Mane bagi memastikan Mane tidak terasa bersendirian.

Kapten Liverpool, Jordan Henderson sebelum ini mendedahkan pasukannya menyiram minuman tidak beralkohol ketika meraikan kejayaan menjulang Liga Perdana Inggeris (EPL). - AGENSI




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo