NOTIS:

Belum ada lagi....

Lebih 25,000 mangsa banjir tiga negeri

0

KUALA LUMPUR: Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan dan Selangor kini mencecah 25,259 orang dengan 121 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka sehingga jam 8 malam ini.

Negeri tertinggi yang mencatat mangsa banjir adalah Terengganu dengan 13,536 mangsa, diikuti Kelantan seramai 8,709 mangsa dan Selangor (14 orang).

Laporan Pusat Kawalan Bencana Negara, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menyatakan sebanyak 90 PPS dibuka di Terengganu dan 30 di Kelantan, manakala satu PPS di Selangor.

"Bilangan keseluruhan keluarga terbabit dalam bencana ini adalah 7,160 dengan 13 daerah di tiga negeri itu terjejas.

"Sebanyak 121 PPS dibuka, manakala dua lagi ditutup sehingga tempoh ini," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Berdasarkan laporan itu, daerah di Kelantan yang terjejas banjir adalah Kuala Krai, Pasir Mas, Pasir Puteh, Tanah Merah dan Tumpat, manakala di Terengganu adalah Besut, Dungun, Hulu Terengganu, Kemaman, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang dan Setiu, serta Gombak di Selangor.

Sumber | BH Online




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo