NOTIS:

Belum ada lagi....

Badminton negara perlukan perubahan baharu

0
Roslin (depan) dan Valberg bergandingan pada Perlawanan Persahabatan Badminton Arena Victor 2022.

KUALA LUMPUR: Badminton di Malaysia perlu terbuka kepada sebarang perubahan dan tidak hanya perlu mengharapkan kepada struktur yang sudah disusun bagi tempoh 10 tahun kebelakangan ini jika mahu terus mencapai kejayaan secara konsisten.

Mengambil contoh Lee Zii Jia yang beralih kepada profesional, sudah tiba masanya untuk sukan terbabit 'menggali' cara yang berbeza dalam misi meraih kecemerlangan.

Dengan lebih banyak negara kini sudah terbabit dengan badminton dan lebih ramai kian mengejar standard pemain negara, perubahan menyeluruh terhadap pemikiran dan pelaksanaan perlu dilakukan bagi memastikan Malaysia kekal sebagai peneraju sukan itu.

Bekas pemain kebangsaan, Jeremy Valberg menyokong cara dan strategi baharu untuk meningkatkan sukan badminton di negara ini.

"Kita tidak perlu tersekat kepada pemikiran di mana hanya akademi dan sekolah sukan mampu menghasilkan pemain baharu. Kelab juga harus memainkan peranan.

"Selain kelab, pemain juga perlu bergerak ke arah yang sama seperti tenis di mana anda ada pasukan sendiri, anda membuat perancangan sendiri dan tidak bergantung pada badan sukan kebangsaan.

"Dengan ini, badan induk boleh fokus kepada pemain muda dan pemain yang akan datang," katanya.

Valberg yang memiliki akademi sendiri, Akademi Valberg (VA) berkata demikian selepas menganjurkan Perlawanan Persahabatan Badminton Arena Victor 2022 yang julung kali diadakan.

Bekas pemain nombor satu dunia, Roslin Hashim tampil sebagai tetamu istimewa dan berpasangan dengan Valberg bagi aksi pertunjukan beregu.

Sumber | BH Online




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo