NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Rumah PPRT terjejas banjir akan dibaik pulih

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid

KUALA TERENGGANU: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan membaik pulih infrastruktur dan rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang rosak atau musnah akibat banjir di Terengganu.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, beliau sudah berbincang dengan pihak terbabit untuk meneliti kerosakan dan keperluan segera penduduk terjejas akibat bencana itu.

Katanya, kakitangan di bawah agensi kementerian itu juga akan digerakkan bersama peralatan logistik lengkap seperti kenderaan bagi membantu penduduk yang terkesan banjir.

"Saya berharap, semua mangsa banjir bersabar dengan dugaan ini, pada masa sama saya meminta mereka sentiasa berhubung dengan pihak berkaitan termasuk agensi KPLB bagi menyalurkan sebarang maklumat jika ada yang memerlukan sebarang bantuan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Selain itu, Mahdzir berkata, agensi di bawah kementeriannya iaitu Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) juga mengenal pasti bantuan segera iaitu kit bantuan bencana kepada penduduk terbabit banjir di negeri ini.

Beliau berkata, bilik gerakan banjir di kawasan KETENGAH juga dibuka sejak 25 Februari lalu.

"Sejumlah 3,000 unit kit bantuan bencana diserahkan kepada mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) dengan implikasi kewangan RM300,000.

"Hari ini sebanyak 800 unit kit bantuan berjumlah RM80,000 disalurkan dan bantuan segera ini akan terus disalurkan kepada mangsa banjir yang terkesan dengan bencana yang melanda negeri ini terutama di kawasan Hulu Terengganu, Hulu Dungun dan Kemaman," katanya.

Terdahulu, Mahdzir mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam lawatannya ke PPS Kampung Batu 23 di Kuala Berang, Hulu Terengganu petang tadi. – BERNAMA




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo