NOTIS:

Belum ada lagi....

Tokoh Seniman Rahman B meninggal dunia

Tokoh Seniman Negara, Allahyarham Abdul Rahman Abu Bakar

KUALA LUMPUR: Tokoh Seniman Negara, Abdul Rahman Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai Rahman B meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada jam 4.33 petang tadi.

Berita pemergian Rahman B dimaklumkan cucunya, Hussein Abdul Salam.

Katanya, Rahman B, 87, meninggal dunia akibat pendarahan beku di paru-paru.

"Jenazah akan dibawa dari HKL ke Masjid Jamek Kampung Baru untuk dimandi dan dikafankan. Selepas itu, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang selepas Zohor esok," katanya ketika dihubungi malam ini.

Dilahirkan pada 18 Mei 1935 di Kapar, Klang, Rahman B adalah penerima Anugerah Seniman Negara 2004.

Allahyarham berkecimpung dalam dunia bangsawan sejak berusia lapan tahun iaitu bermula awal 1940-an dan mewarisi darah seni dimiliki ibu bapanya yang juga penggiat bangsawan, Abu Bakar Saleh dan Kasminah Taib. – BERNAMA




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo