NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Polis siasat video pertengkaran pasang bendera

Gambar tular - Sekumpulan pemasang bendera parti sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dihalang menjalankan aktiviti pemasangan bendera di sebuah kawasan perkampungan di Iskandar Puteri.

JOHOR BAHRU: Polis menjalankan siasatan susulan tular satu rakaman video di media sosial, yang memaparkan beberapa individu bertengkar, dipercayai membabitkan isu pemasangan bendera parti di pintu masuk sebuah kampung di Iskandar Puteri.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar, berkata rakaman video itu dikesan tular pada jam 6 petang semalam, namun pihaknya belum menerima sebarang laporan mengenai kejadian itu.

"Polis mengesan rakaman yang memaparkan pertengkaran mulut membabitkan beberapa individu terdiri daripada ahli parti yang berbeza. Polis masih belum menerima sebarang laporan berhubung insiden itu, namun sudah mula menjalankan siasatan.

"Kami meminta orang ramai atau saksi kejadian untuk tampil membantu siasatan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau juga meminta netizen supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu.

Dzulkhairi turut menasihatkan semua pihak yang terbabit dalam gerak kerja parti supaya mengawal tingkah laku dan emosi sepanjang perjalanan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, bagi mengelakkan sebarang kekecohan atau insiden yang boleh mengganggu ketenteraman awam. - BERNAMA




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo