NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Darah pada mulut dan hidung, perut terburai

Pihak veterinar melakukan siasatan awal di lokasi penemuan kucing ditemukan mati bergelimpangan di kawasan Pantai Bukit Keluang, Besut, semalam. - Foto ihsan embaca

KUALA TERENGGANU: Kesan lebam biru pada perut, darah pada mulut dan hidung, serta ada yang terburai perut.

Demikian antara hasil pemeriksaan awal terhadap kira-kira 20 kucing yang ditemukan mati bergelimpangan disyaki diracun, di kawasan Pantai Bukit Keluang, semalam.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Mohammad, berkata pihak penguatkuasaan dan teknikal daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Besut dan Kuala Terengganu sudah membuat pemeriksaan di tempat kejadian.

Beliau berkata, polis juga telah membuka kertas siasatan, selepas menerima aduan daripada seorang individu yang mendapat video melalui WhatsApp berhubung kejadian itu, kira-kira jam 10 pagi semalam.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati bangkai haiwan berkenaan ditemukan seorang lelaki yang pada mulanya terlihat beberapa kucing mati bergelimpangan di atas tanah sekitar pantai itu kira-kira jam 8.30 pagi semalam.

"Sebanyak 15 kucing telah mati, manakala dua lagi masih hidup tetapi dalam keadaan kesakitan. Dua kucing terbabit mati berdekatan persisiran pantai, manakala 13 lagi mati di atas tanah berdekatan pokok.

"Terdapat kesan lebam biru pada perut kucing, darah pada mulut dan hidung serta ada yang terburai perut," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Abdul Rozak berkata, kesemua bangkai kucing berkenaan kemudian ditanam oleh lelaki terbabit.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan (Khianat Ke Atas Binatang) yang boleh dikenakan hukuman penjara hingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, beliau berkata, pihak penguatkuasaan dan teknikal dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar Besut serta Kuala Terengganu turut hadir ke tempat kejadian dan mengeluarkan semula kucing yang sudah ditanam itu untuk mengambil sampel bagi tujuan analisis.

Media semalam melaporkan seorang pengunjung di Pantai Bukit Keluang terkejut apabila menemui bangkai kira-kira 20 kucing bergelimpangan disyaki diracun, jam 9.30 pagi.

Sumber | BH Online




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo