NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

JPV ambil sampel bangkai kucing, analisis di makmal

Bangkai kucing dikeluarkan oleh petugas JPV Terengganu yang ditemukan di kawasan Pantai Bukit Keluang, Besut, petang semalam. - Foto ihsan pembaca

BESUT: Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu telah selesai mengambil sampel daripada bangkai kucing ditemukan di Taman Awam Pantai Bukit Keluang, di sini, untuk dianalisis di makmal susulan kes 15 haiwan itu mati bergelimpangan disyaki diracun.

Pengarahnya, Dr Anun Man, berkata sampel terbabit dihantar ke makmal untuk tujuan analisis kimia dan diagnostik.

Beliau memaklumkan, terdahulu pihaknya menerima aduan mengenai sejumlah kucing mati disyaki akibat diracun, pagi semalam.

"Justeru, sebuah pasukan operasi Unit Kebajikan Haiwan dan Penguat Kuasa Veterinar Negeri digerak untuk melakukan siasatan di lapangan.

"Sebanyak 15 bangkai kucing pelbagai umur, jantina dan warna ditunjukkan di lokasi berkenaan oleh pengadu," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, JPV kemudian melakukan 'post mortem' dan sampel dihantar untuk analisis kimia serta diagnostik di makmal.

"JPV melalui Penguat Kuasa Veterinar Negeri membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772).

"Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman maksima hingga tiga tahun penjara dan/atau denda maksimum hingga RM100,000," katanya.

Beliau berkata, orang awam disaran membuat sebarang aduan kebajikan haiwan, secara rasmi menerusi laman sesawang MyAnimalWelfare di https://awa.dvs.gov.my/support.

Sumber | BH Online




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo