NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Enam kawasan ibu negara dilanda banjir kilat

Keadaan banjir kilat di Lebuhraya KESAS berhampiran Seri Petaling. Gambar Ihsan Pembaca

KUALA LUMPUR: Banjir kilat melanda beberapa kawasan di Lembah Klang, berikutan hujan berterusan sejak jam 3 petang tadi.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) mengesahkan kejadian itu dan kawasan dilaporkan dinaiki air sekitar Balai Polis Dang Wangi membabitkan Jalan Sultan Ismail/Jalan Ampang, Jalan Leboh Ampang, Jalan Raja Laut dan Jalan Kia Peng/Jalan Raja Chulan.

NADMA menerusi Facebook hari ini berkata, sungai melepasi paras amaran pula di Sentul-Sungai Batu, Jambatan Sulaiman-Sungai Klang, Lebuh Pasar-Sungai Klang dan Jalan Parlimen-Sungai Gombak, manakala sungai melepasi aras bahaya membabitkan Jalan Tun Razak-Sungai Gombak.

"Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir pada jam 1.35 tengah hari tadi, di mana hujan lebat dan angin kencang dijangka di Selangor membabitkan Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

"Turut terkesan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, selain Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau) serta Melaka (Alor Gajah) sehingga jam 5 petang. Amaran dikemas kini pada jam 2.50 petang dan 4 petang," katanya.

NADMA mengingatkan orang awam supaya sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga, peka dengan keadaan sekeliling dan mengutamakan keselamatan diri ketika banjir berlaku.

Sementara itu, Info Trafik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi ciapan di laman Twitter memaklumkan banjir kilat turut melanda enam kawasan iaitu Terowong Tabung Haji, Terowong Chan Sow Lin, Jalan Pudu, Jalan Sri Permaisuri, Jalan Tun Razak dan Jalan Pahang.

Lokasi lain turut dilanda banjir kilat ialah dari arah Bulatan Kg Pandan menghala ke Jalan Sultan Ismail, jalan boleh dilalui tapi pergerakan kenderaan perlahan manakala air bertakung bawah terowong Jalan Tun Razak, menyebabkan kenderaan bergerak perlahan

Menurut DBKL lagi, air bertakung di bawah terowong Bulatan Cheras menghala ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di kedua dua arah, Jalan Kia Peng, Jalan Raja Chulan dan Jalan Raja Laut belakang bangunan MARA, Jalan di Masjid Al –Syakirin KlCC juga di naiki air

Jalan Genting Klang di lencongkan ke bulatan Pahang, terowong bawah bulatan Pahang di naiki air, bulatan Hishamuddin di tutup, Jalan Kuching susur naik ke Bulatan Segambut, Jalan Parlimen Ke Bulatan Datuk On,

Dalam pada itu, ITIS DBKL turut memaklumkan Terowong SMART ditutup sepenuhnya bagi persediaan operasi banjir.

Sementara itu, banyak jalan ditutup susulan banjir kilat yang melanda kebanyakan kawasan ibu negara mengakibatkan kesesakan terus di jalan-jalan utama.

ITIS DBKL memaklumkan kesesakan berlaku dari Bandar Tasik Selatan ke Desa Tun Razak; dari Ampang ke Ukay Perdana; dari Ukay Perdana ke Ampang bagi pengguna yang menggunakan Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

Aliran trafik juga perlahan dari Petronas/Shell TPM ke Tol Sungai Besi membabitkan laluan Lebuh Raya Kuala Lumpur-Seremban.

Dalam pada itu, pengguna twitter turut berkongsi gambar dan video aliran trafik terjejas berikutan banjir di MRT Kuchai Lama yang sedang dalam pembinaan dengan banyak kenderaan ditenggelami air.

Sumber | BH Online




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo