NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Langkah segera diambil tangani banjir kilat - Perdana Menteri

Orang awam terkandas berhampiran Stesen LRT Masjid Jamek akibat jalan yang dinaiki air ketika tinjauan pada 10 September 2020. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Kementerian dan agensi sudah mengambil langkah segera bagi memastikan keselamatan Keluarga Malaysia susulan enam kawasan di pusat bandar ibu negara dilanda banjir kilat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan itu dan meminta semua berhati-hati ketika memandu.

"Enam kawasan di Pusat Bandar Kuala Lumpur dilanda banjir kilat dan dinaiki air.

"Kementerian dan agensi telah mengambil langkah segera bagi memastikan keselamatan Keluarga Malaysia.

"Pengguna dinasihatkan mengelak melalui kawasan banjir kilat dan berhati-hati memandu sewaktu hujan," katanya menerusi ciapan twitter, hari ini.

Enam kawasan dilanda banjir kilat itu adalah Terowong Tabung Haji, Terowong Chan Sow Lin, Jalan Pudu, Jalan Sri Permaisuri, Jalan Tun Razak dan Jalan Pahang.

Sumber | BH Online




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo