NOTIS:

Belum ada lagi....

Polis selamatkan diri sebelum MPV tenggelam, hanyut

Keadaan Jalan Kuchai Lama yang dilanda banjir kilat. -Foto Ihsan pembaca

KUALA LUMPUR: Dua anggota polis berjaya keluar menyelamatkan diri dari kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki sebelum ditelenggami air dan dihanyutkan banjir deras, berdekatan Pondok Polis Kuchai Lama, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor, berkata siasatan mendapati anggota Cawangan MPV Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields itu berhenti untuk solat Zohor di pondok terbabit, pada jam 3.30 petang.

"Kemudian hujan lebat serta ribut petir secara tiba-tiba. Anggota MPV itu berusaha untuk keluar dari tempat bencana, namun tidak berjaya kerana terdapat halangan kenderaan lain yang turut terperangkap.

"Paras air naik mendadak menenggelamkan tayar kereta. Anggota MPV berjaya keluar untuk menyelamatkan diri dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Kejadian itu kemudian dimaklumkan kepada pusat Kawalan IPD Brickfields untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, Amihizam menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati ketika memandu kenderaan masing-masing terutama pada musim hujan.

"Sila patuhi undang-undang jalan raya serta mengikut arahan polis sekiranya terdapat lencongan atau penutupan jalan dibuat," katanya.

Sumber | BH Online




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo