NOTIS:

Belum ada lagi....

Terengganu-Sabah tingkat kerjasama ‘food security’

0

TAWAU: Kerajaan Sabah dan Terengganu akan mempertingkatkan kerjasama untuk muncul sebagai food security negara.

Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Terengganu, Dr Azman Ibrahim berkata, Sabah dan Terengganu mempunyai persamaan dari segi kebergantungan kepada sektor pertanian sebagai sumber ekonomi rakyat.

Menurutnya, kebersamaan tersebut boleh dikembangkan dalam konteks hubungan ‘G to G’ untuk kedua-dua negeri saling membantu dan memperkuatkan.

“Di Terengganu terdapat lebih 1,000 hektar tanah yang diwartakan sebagai Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) menjadi antara lokasi penting penghasilan makanan negeri.

“Dalam tempoh tiga tahun lebih ini, sudah banyak usaha yang dilakukan Kerajaan Terengganu untuk mengembalikan fungsi TKPM sebagaimana objektif asal penubuhannya,

“Saya juga sempat berkongsi beberapa input berharga berkaitan Pengurusan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM),” katanya ketika ditemui di tapak TKPM, Jabatan Pertanian Batu 15 semalam.

Dr Azman melawat kawasan berkenaan dengan kerjasama Lajnah Asas Tani (LATAS) PAS Tawau. Taklimat projek tersebut disampaikan Penolong Pegawai Kanan Pertanian Tawau, Norma Gadung.

Turut hadir pada lawatan terbabit Yang Dipertua PAS Tawau, Mohamad Husain, Pengerusi LATAS, Azman Wahab dan Pengerusi LKK Majid Bache. – HARAKAHDAILY 6/3/2022




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo