NOTIS:

Belum ada lagi....

'Kerajaan sudah hilang moral, perlu buat PRU segera' - Nazri Aziz

0
KUALA LUMPUR: Kerajaan disifatkan, hilang asas moral untuk terus mentadbir negara ini selepas tewas dalam undian belah bahagi sewaktu membentangkan usul pindaan subseksyen Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) di Dewan Rakyat, semalam.

Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz (BN-Padang Rengas) ketika menyuarakan pandangan itu, menegaskan walaupun tidak ada duluan, namun mengikut amalan demokrasi seperti diamalkan di United Kingdom (UK), sekiranya kerajaan kalah dalam mana-mana pembentangan usul dan RUU, jalan yang betul adalah dengan kembali mendapatkan sokongan daripada rakyat selaku pengundi.

"Dalam kala kita mempunyai majoriti dan kita kalah itu bermakna di England, anda kena balik kepada negara untuk mendapatkan sokongan pengundi.

"Politik adalah berkisar persepsi. Jadi persepsi rakyat bahawa dengan majoriti yang ada kita kalah. Tak kiralah kerana orang tak datang mengundi atau apa sekalipun...tetapi faktanya kami kalah dalam usul dan perkara betul untuk dilakukan sekarang adalah balik kepada pengundi.

"Kita mempunyai alasan sekarang untuk mengadakan PRU (Pilihan Raya Umum). Ini bukan keputusan saya tetapi ia adalah keputusan parti saya. Kalau mereka fikirkan itu, mereka perlu kembali kepada negara dan meminta pengundi untuk mengundi. Itu adalah hak mereka kerana kami kalah," katanya

Beliau berkata demikian ketika membahas Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2022 di Dewan Rakyat, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamed Nazri berkata, susulan kekalahan semalam, beliau bimbang bagaimana dengan status RUU yang akan dibentangkan pada masa akan datang yang mungkin mengalami nasib sama.

Apa pun katanya, beliau menyerahkan kepada parti untuk membuat sebarang keputusan.

"Baru-baru ini pun mereka telah membuat desakan. Pada ketika itu, saya pertahankan jangan adakah PRU sebab tidak ada sebab dan kita ada MoU. Tetapi saya tidak ada asas moral untuk berdiri di sini (Dewan Rakyat) dan katakan kita tak perlu bubarkan Parlimen.

"Tetapi ini bukan keputusan saya. Itu terpulang kepada parit saya apa yang mereka nak buat. Saya bukan memimpin, saya cuma akur dan pada hari ini saya rasa, pada pandangan saya...sukar untuk kami berdiri di sini untuk mentadbir kerajaan. Sebab kami tewas usul," katanya.

Sumber | BH

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo