NOTIS:

Belum ada lagi....

Isu perisian GOS, Geekbench buang peranti Samsung dari senarai markah


Skor penanda aras Geekbench menjadi kayu pengukur sesebuah peranti yang kemudiannya digunakan oleh pengguna bagi mencari peranti mana yang paling berkuasa. Minggu ini peranti Samsung didapati hadir dengan perisian GOS yang mengehadkan prestasi CPU serta GPU apabila menjalankan 10,000 aplikasi tetapi tidak pula apabila menjalankan aplikasi penanda aras.


Semalam Geekbench telah membuang kesemua peranti yang dikeluarkan oleh Samsung sejak empat tahun lalu iaitu siri S10, S20, S21, dab S22 dari laman mereka. Ciri ini tidak ditemukan pada peranti siri lain setakat ini. Menurut Geekbench, ini dilakukan kerana penggunaan sebarang perisian seperti GOS dilihat sebagai usaha untuk memanipulasi skor penanda aras.

Samsung telahpun mengeluarkan kenyataan bahagi GOS digunakan untuk mengoptimasikan penggunaan bateri dan mengurangkan haba ketika aplikasi digunakan. Mereka akan mengeluarkan sebuah kemas kini yang akan membenarkan pengguna menyahaktifkan GOS pada peranti mereka kelak.

Sumber Android Police | Amanz




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo