NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

5 keluarga terjejas banjir di Beaufort dipindahkan ke PPS

Seramai 17 individu daripada lima keluarga di Kampung Suasa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) DUN Banir, Beaufort selepas kawasan rumah mereka dilanda banjir, petang tadi. - Foto Bomba

BEAUFORT: Seramai 17 individu daripada lima keluarga di Kampung Suasa di sini dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) selepas kawasan rumah mereka dilanda banjir, petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan bencana banjir pada jam 2.53 petang.

Sepasukan bomba bersama lori kemudian bergegas ke lokasi berkenaan untuk memindahkan lima keluarga terdiri daripada tujuh lelaki dan 10 wanita.

"Semua mereka kemudian dipindahkan oleh Bomba Beaufort ke PPS Dewan Datuk Seri Panglima DUN Banir," katanya menerusi kenyataan.

Sumber | BH Online




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo