NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

WhatsApp Papar WhatsApp Status Dengan Integrasi Pautan – Adakah Langkah Awal Ke Pengiklanan Di WhatsApp?


WhatsApp hari ini menerbitkan WhatsApp Status mereka tersendiri, sekaligus memperlihatkan ia kepada semua orang – menyentuh berkenaan ciri yang membolehkan orang ramai menyertai panggilan video yang sedang berlangsung dengan mudah.

Apa yang menariknya pada WhatsApp Status kali ini, ia turut mengintegrasikan pautan ringkas pada WhatsApp Status berkenaan – sekaligus membawa pengguna ke sesuatu halaman web.


Buat masa ini, ciri integrasi pautan pada WhatsApp Status tidak ditawarkan kepada umum. Berkemungkinan juga, ia adalah salah satu bentuk ujian yang dilakukan oleh WhatsApp dalam melihat bagaimana pengiklanan pada platform berkenaan akan beropersai.

Pada hari ini, WhatsApp masih tidak menjana wang sepenuhnya melalui platform permesejan mereka. Beberapa pendapatan yang dijana adalah pada penawaran perusahaan dan API mereka. Dengan tekanan terhadap Meta akhir-akhir ini, tidak mustahil kita melihat iklan dipaparkan di WhatsApp Status – seperti yang pernah diperkatakan pihak Facebook sebelum ini.

Sumber | Amanz




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo