NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Xiaomi Umum Kerjasama Dengan YouTube, Tawar Sehingga 3 Bulan Akses YouTube Premium Percuma


Xiaomi hari ini umum kerjasama dengan YouTube, sekaligus menawarkan akses YouTube Premium sehingga 3 bulan secara percuma untuk pengguna baharu. Xiaomi menawarkan promosi ini bersama pembelian peranti baharu terpilih sedia ada dan yang akan datang.

Untuk makluman, YouTube Premium menawarkan pengalaman penggunaan YouTube tanpa iklan, selain akses kepada YouTube Music. Bagi mereka yang tidak berdaftar lagi, anda kebiasaannya ditawarkan akses percuma selama sebulan – tetapi pembeli peranti Xiaomi akan menerima akses sehingga tiga bulan.

Buat masa ini, peranti yang boleh menebus akses percuma YouTube Premium (bagi pengguna baharu) adalah termasuk Xiaomi 11T Pro, Xiaomi 11T, Xiaomi 11 Lite 5G NE, Redmi Note 11 Pro 5G, Redmi Note 11 Pro, Redmi Note 11S, dan juga Redmi Note 11.

Selain Xiaomi, pengeluar lain yang turut menyediakan penawaran lebih kurang sama adalah Samsung.

Sumber | Amanz




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo