NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Veteran UMNO bakal turunkan 'jentera rahsia'

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan. - Foto Google

SEGAMAT: Veteran UMNO Johor mempunyai 'jentera rahsia' bagi membantu UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata pihaknya mengalu-alukan bantuan ahli Veteran UMNO Johor dengan membawa bersama pelbagai pengalaman.

"Insya-Allah, pengalaman mereka pasti berkesan dalam menarik sokongan pengundi terhadap UMNO.

"Justeru, pengalaman mereka seperti bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), bekas EXCO, bekas ketua bahagian, ketua wanita, ketua pemuda serta jawatankuasa bahagian mampu membantu jentera di Johor untuk memastikan kemenangan BN," katanya.

Beliau ditemui pada majlis Perjumpaan Bersama Veteran UMNO Segamat dan UMNO Bahagian Segamat di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Veteran UMNO Johor, Datuk Othman Jais dan Ketua UMNO Bahagian Segamat, Datuk Zahari Sarip.

Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata, seramai 460,474 atau 15 peratus pengundi berusia 55 tahun ke atas dikenal pasti sebagai penyokong tegar BN.

Bagaimanapun, katanya, keutamaan tetap diberi kepada tahap keselamatan dan kesihatan ahli UMNO ketika berkempen susulan penularan pandemik COVID-19.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRN Johor diadakan pada 12 Mac ini dengan hari mengundi awal pada 8 Mac manakala penamaan calon pada 26 Februari ini.

Sumber | BH Online




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo