NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRN Johor medan tumpuan pemimpin utama parti

(Dari kiri) Ahmad Zahid, Muhyiddin, Mohd Shafie dan Syed Saddiq.

JOHOR BAHRU: Beberapa pemimpin utama kepada parti yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini, turun padang mengiringi dan membantu calon sejak hari penamaan calon, kelmarin, sehinggalah kempen bermula.

Antaranya ialah Presiden Parti Warisan (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang dilihat aktif membantu kempen calon parti itu di beberapa kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) sejak semalam.

Mohd Shafie yang juga Ahli Parlimen Semporna memaklumkan, beliau sudah membantu kempen calon WARISAN di DUN Bukit Batu, Mahkota, Permas dan Johor Jaya, semalam, diikuti DUN Pekan Nanas pada hari ini.

"Kita meneliti secara mendalam untuk bertanding di Johor, bukan membuat keputusan secara tangkap muat sahaja.

"Calon ditampilkan WARISAN antara lain memiliki pengalaman politik, peguam serta aktif dalam badan bukan kerajaan (NGO) dan kerja kemasyarakatan," katanya.

Sementara itu Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pula turun padang bersama calon DUN Benut, Datuk Seri Hasni Mohammad yang juga Pengerusi BN Johor dan Pengerusi Perhubungan UMNO Johor, pada hari penamaan calon, di samping meninjau Bilik Gerakan UMNO Benut.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO turut mengambil kesempatan bertemu dengan jentera parti di beberapa bilik gerakan di Pontian.

Selain itu, beliau membantu jentera kempen calon BN bagi DUN Semarang, Datuk Samsolbari Jamali, dan DUN Parit Raja, Nor Rashidah Ramli, semalam.

Tidak ketinggalan membantu kempen calon parti pada PRN kali ini ialah Pengerusi Lembaga Penasihat BN, Datuk Seri Najib Razak.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, pula antara lain turun padang mengiringi calon PN bagi DUN Bukit Kepong, Datuk Dr Sahruddin Jamal, dan DUN Bukit Pasir, Muhd Nur Iqbal Abd Razak, pada hari penamaan calon, Sabtu lalu.

Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bukan saja turun padang pada hari penamaan calon, malah turut menarik perhatian apabila muncul sebagai pencadang kepada calon Pakatan Harapan (PH), Liew Chin Tong yang juga Pengerusi DAP Johor.

Sumber | BH Online




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo