NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

'Abang Viva' ke Terengganu bawa kereta baharu

Misi ‘Abang Viva’ menyelamatkan penduduk Terengganu.

KUALA BERANG: Misi menyelamatkan penduduk Terengganu yang terjejas banjir kali ini tidak lagi seperti biasa buat sukalerawan, Azwan Omar, atau lebih dikenali 'Abang Viva.'

Jejaka berusia 30 tahun itu tidak lagi menggunakan Perodua Viva, sebaliknya pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton yang dihadiahkan seorang individu bagi memudahkan urusan kebajikan beliau.

"Banjir di Terengganu misi pertama saya dengan kereta ini. Dengan kereta baharu ini, saya rasa lebih bersemangat kerana banyak tempat saya boleh masuk.

"Kalau Viva sebelum ini, banyak tempat tidak boleh (masuk)," katanya kepada pemberita di Kampung Belukar Bukit di sini hari ini.

Azwan bertolak dari Melaka kira-kira jam 9 malam semalam dan tiba di Kampung Pengkalan Ajal di Hulu Terengganu yang terjejas teruk akibat banjir jam 4.50 pagi tadi.

Katanya, sepanjang misi bantuan di Terengganu, beliau hanya akan tidur dalam kereta seperti sebelum ini.

Menariknya, misi bantuan kali ini Azwan tidak lagi bersendirian, sebaliknya ditemani empat rakan yang memandu tiga pacuan empat roda serta membawa tiga bot.

Azwan berkata, keadaan beliau yang kini lebih dikenali masyarakat turut memudahkan urusan kerana ramai yang memberikan kerjasama termasuk membawanya ke lokasi banjir terutama di kawasan pedalaman.

"Rasa segan itu ada, tetapi lebih bersemangat kerana saya senang dapat maklumat dan minta tolong orang kampung," katanya yang sering menerima tepukan dan sorakan mangsa banjir yang diselamatkan serta penduduk setempat.

Beliau berkata, setelah keadaan banjir di Terengganu reda, beliau akan meneruskan misi ke Kelantan sekiranya keadaan di sana memerlukan bantuannya.

Kisah Azwan tular di media sosial apabila sanggup datang ke Selangor dari Melaka untuk menyelamatkan mangsa banjir pada Disember lalu, dengan hanya berbekalkan RM50 bagi mengisi minyak kereta dan membeli makanan. – BERNAMA




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo