NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bom berangkai bunuh orang awam Ukraine




LONDON: Kumpulan hak asasi manusia menggesa Russia berhenti menggunakan senjata berangkai ke atas Ukraine, selain menegaskan serangan maut menggunakan senjata di hospital dan sekolah boleh menjadi jenayah perang.

Amnesty International berkata gugusan bom berangkai disasarkan ke sebuah prasekolah di timur laut Ukraine yang digunakan bagi melindungi orang awam, mengakibatkan tiga mangsa terbunuh, termasuk seorang kanak-kanak, Jumaat lalu.

Kumpulan itu berkata, serangan di bandar Okhtyrka 'mungkin jenayah perang', selepas imej menunjukkan gugusan bom dijatuhkan di sekurang-kurangnya tujuh lokasi di atau berhampiran sekolah itu.

Serangan itu katanya, 'dilihat dilakukan tentera Russia, yang beroperasi berdekatan dan mempunyai rekod menggunakan gugusan bom berangkai di kawasan berpenduduk'.

"Tiada alasan munasabah untuk menggugurkan bom berangkai di kawasan berpenduduk, apatah lagi berhampiran sekolah," kata Setiausaha Agung Amnesty International, Agnes Callamard, dalam satu kenyataan semalam.

Pemerhati Hak Asasi Manusia Jumaat lalu, berkata bom berangkai Russia meletup di sebuah hospital di Vuhledar di timur Ukraine, membunuh empat orang awam dan mencederakan 10 lagi termasuk enam pekerja penjagaan kesihatan.

Laman sesawang penyiasatan Bellingcat, yang mengumpulkan laporan penggunaan bom berangkai di Ukraine, berkata selain Kyiv, bandar kedua Kharkiv juga dilihat menjadi sasaran beberapa serangan bom berangkai.

"Imej dan video disiarkan dalam talian menunjukkan penggunaan senjata ini lebih meluas di kawasan awam," kata Bellingcat, yang menghasilkan semula rakaman kamera seorang pemandu yang cuba mengelak serangan bom di Kharkiv.

"Jalur lebuh raya ini melalui kawasan perumahan dan bersebelahan dengan hospital kanak-kanak," katanya. - AFP

Sumber | Bh Online




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo