NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Rundingan pertama Russia-Ukraine sejak perang bermula

Barisan anggota delegasi kerajaan Ukraine (kiri) dan Russia (kanan) pada pertemuan pertama bagi mencari rumusan damai di Gomel, Belarus, dalam usaha menamatkan perang antara kedua-dua negara. - Foto AFP

KIEV: Russia menyatakan kesediaan berunding dengan Ukraine untuk menamatkan konflik yang semakin meruncing antara kedua-dua negara.

Perkara itu disuarakan perunding Kremlin hari ini selepas perang antara kedua-dua negara yang menyaksikan Moscow memasuki Kiev kini memasuki hari kelima.

Pembantu kepada Presiden Russia, Vladimir Medinsky, berkata pihaknya pasti akan mencapai persetujuan dalam beberapa perjanjian," katanya yang mewakili delegasi Moscow.

Delegasi Ukraine juga dilaporkan sudah tiba untuk menyertai rundingan yang dijangka bermula pada tengah hari (waktu tempatan) di wilayah Gomel, Belarus iaitu kawasan bersempadan Minsk.

Sebelum ini, Kiev menuntut pelaksanaan gencatan senjata dan pengunduran pasukan tentera Russia selepas pihak musuh dilaporkan mula memperlahankan serangan mereka.

"Ia adalah kunci utama rundingan ini," tegas pejabat presiden dalam satu kenyataan.

Presiden Ukraine, Volodymr Zelensky, turut menggesa tentera Russia supaya meletakkan senjata sebagai usaha untuk meredakan konflik berkenaan.

"Keluar dari negara ini, jangan percaya dengan kata-kata komander anda atau propaganda perang, selamatkan nyawa anda sendiri," katanya kepada tentera Russia.

Zelensky juga mendakwa lebih 4,500 anggota tenetra Russia dipercayai terkorban sejak lima hari lalu. - AFP




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo