NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Air pasang besar: 37 kampung di Terengganu berisiko banjir

Penduduk di 37 kampung yang terletak berhampiran 11 muara sungai utama di Terengganu dinasihatkan supaya berwaspada berikutan risiko berlakunya banjir akibat fenomena air pasang besar mulai malam Isnin hingga Sabtu ini. - Gambar hiasan 

KUALA TERENGGANU - Penduduk di 37 kampung yang terletak berhampiran 11 muara sungai utama di Terengganu dinasihatkan supaya berwaspada berikutan risiko berlakunya banjir akibat fenomena air pasang besar mulai malam Isnin hingga Sabtu ini.


Timbalan Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Terengganu, Osman Abdullah berkata, berdasarkan data Pusat Ramalan dan Amaran Banjir, fenomena itu diramal berlaku antara jam 5.30 petang hingga 11 malam.

"Ketinggian ombak dijangka boleh mencecah antara 2.2 meter (m) hingga 2.6m di Kuala Terengganu dan 2.8m hingga 3.2 di Kemaman. Justeru, penduduk di 37 kampung ini perlu bersedia dengan risiko banjir kesan pertembungan air dari hulu sungai dan air laut pasang," katanya kepada Bernama pada Isnin.

Di Muara Sungai Besut, lokasi yang terlibat ialah Kampung Pengkalan Atap; Kampung Teluk Budu, Kampung Pantai dan Kampung Nail, manakala di Muara Sungai Setiu melibatkan Kampung Gong Batu, Kampung Pengkalan Gelap, Kampung Limau Nipis, Kampung Kuala Setiu, Kampung Fikri.

Di Muara Sungai Terengganu, kampung terlibat ialah Kampung Seberang Takir; Kampung Baru Seberang Takir; Kampung Ulu Takir; Kampung Pak Tuyu; Kampung Tanjung Gelam dan Kampung Pulau Rusa, manakala di Muara Sungai Merang kampung berisiko ialah Kampung Telaga Papan.

Beliau berkata di Muara Sungai Ibai pula, lokasi berisiko ialah Kampung Kubang Ikan;Kampung Kuala Ibai dan Taman Purnama, manakala di Muara Sungai Merchang ialah Kampung Merchang.

"Di Muara Sungai Paka, terdapat empat kampung iaitu Kampung Kuala Paka; Kampung Tebing Tembah; Kampung Pinang Merah; Kampung Durian Mentangau manakala di Muara Sungai Kemasik ialah Kampung Baru Kemasik.

"Di Muara Sungai Kemaman pula ialah Pulau Skepeng Kuala Kemaman; Pengkalan Cicar Bukit Kuang dan Kampung Bakau Tinggi.

Di Muara Sungai Dungun pula ialah Kampung Seberang Pintasan; Kampung Teluk Bidara; Kampung Tanjung Jara; Kampung Che Lijah; Kampung Alur Makbah; Kampung Bijangga; Kampung Sungai Buaya dan Kampung Sungai Udang serta Kampung Sura di Muara Sungai Sura," katanya.

Sebagai langkah berjaga-jaga, penduduk di enam kampung yang berada di lembangan Sungai Terengganu iaitu Kampung Losong; Kampung Pulau Kambing; Kampung Paloh; Kampung Teluk Pasu; Kampung Sungai Rengas dan Kampung Kubang Tangga turut perlu berhati-hati. - Bernama




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo