NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Adik Anwar Ibrahim meninggal dunia

Allahyarham Rusli Ibrahim

KUALA LUMPUR: Adik kepada Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Rusli meninggal dunia pada usia 74 tahun di Hospital Selayang, hari ini.

Presiden PKR yang juga Ketua Pembangkang itu memaklumkan perkara berkenaan menerusi laman Twitter hari ini.

"Adik saya, Rusli Ibrahim baru saja menyahut panggilan Ilahi di Hospital Selayang sebentar tadi. Mohon teman mendoakan rohnya diberikan tempat terbaik oleh Yang Maha Esa," katanya.

Difahamkan, Allahyarham Rusli meninggal dunia akibat sakit tua kira-kira jam 2.20 petang tadi selepas berada di Hospital Selayang sejak beberapa minggu lalu.

Jenazah dibawa ke Masjid Al-Ubudiah sebelum dikebumikan di tanah perkuburan sekitar Ampang, malam ini. – BERNAMA




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo